Langkau ke kandungan utama

20 Orang Pelajar dirasuk



Bahana bermain 'Spirit Of Coin' 20 orang pelajar SMK Simunjan No.1, 94800 Simunjan, Sarawak telah dirasuk. Hal ini telah menyebabkan pihak pengurusan asrama menghubungi keluarga pelajar-pelajar yang dirasuk kerana ketidakmampuan untuk merawat anak-anak mereka yang dirasuk. Dan hari ini bertambah seorang lagi dirasuk semenjak Jumaat lalu. Kebanyakkan pelajar berada dalam ketakutan untuk menghuni asrama.

Semuanya bermula apabila beberapa orang pelajar perempuan bermain 'Spirit of Coin' bagi tujuan memanggil roh mereka yang telah meninggal dunia. Hal ini menyebabkan beberapa orang penghuni asrama menjerit dan meracau menyebabkan pihak pengurusan sekolah campur tangan bagi meredakan keadaan. Pihak pengurusan asrama telah meminta bantuan beberapa orang ustaz bagi memulihkan keadaan pelajar yang seolah dirasuk.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)




Keadaan menjadi aman seketika apabila mereka yang histeria ini berjaya dipulihkan tetapi menyerang semula. Berikutan usaha memulihkan pelajar tidak berjaya, pengurusan sekolah mengarahkan mereka pulang ke rumah masing-masing semalam (kelmarin). Keputusan menghantar balik dibuat disebabkan keadaan semakin teruk walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan bagi memulihkan mereka. Difahamkan pelajar terbabit masih belum pulih sepenuhnya dan cuba merawat mengikut kepercayaan masing-masing.

Pemainan 'Spirit of the coin' ini digunakan dalam beberapa ritual kononnya untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang sudah meninggal dunia. Ia dimainkan dengan dilengkapi papan atau kertas dikenali 'Ouija' yang bertulis huruf A hingga Z selain angka kosng hingga sembilan.

Selain itu terdapat perkataan 'Yes', 'No', 'Home'an Good Bye' pada papan atau kertas berkenaan dan setiap pemain akan 'menjemput' atau memanggill roh secara rambang.Wartawan Harian Metro cuba menghubungi Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Simunjan, Ahmat@Ibrahim Sah namun beliau enggan mengulas lanjut.

Sumber : Harian Metro Edisi Sarawak Muka Surat 2 pada 3 April 2012.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH BAHAGIAN SAMARAHAN

W alaupunSamarahan menjadi sebuah Bahagian hanya beberapa tahun yang lalu, namunia mempunyai sejarah awal yang ulung. Di Daerah Serian terdapat GuaSireh yang pernah diduduki oleh manusia purba pada Zaman Batu, ZamanBatu Baru dan Zaman Besi kira-kira 21,000 tahun yang lalu. Pendudukpurba ini meninggalkan bukti-bukti seperti tembikar, kulit siput,manik, tanah perkuburan dan lukisan batu. Penemuan hampas padi padatembikar membuktikan penanaman padi dan beras sebagai bahan makananpada masa pra-sejarah. MenandangkanSamarahan berdekatan dengan Kuching (Sarawak pada asalnya) yangmempunyai sejarah yang besar dan berterusan, maka kesannya ke atasSamarahan adalah sangat jelas sejak awal lagi. Kuching (Sarawak) mewarisi bukti-bukti sejarah awal di Samtubong yangterletak di salah sebuah loba Sungai Sarawak. Penyelidikan arkeoligitelah menemui bekas tapak kuil, lomggokan tahi besi dan ribuan serpihantembikar yang agak luar biasa menjadikannya sebuah tapak arkeologiterbesar di Malaysia. Kajian ke ...

ARSENAL DAN MANCHESTER CITY BERTANDANG KE MALAYSIA PADA 23 & 30 JULAI 2012

SERDANG - Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal memberi bayangan bahawa pasukan Pilihan Malaysia yang akan berdepan Arsenal dan Manchester City pada 24 dan 30 Julai ini, bakal menjadi 'skuad bayangan' untuk kejohanan Piala Suzuki AFF. Walaupun tiada jaminan sepenuhnya, beliau melihat dua perlawanan itu sebagai medan terbaik menguji semua pemain ekoran ketiadaan komitmen tertentu seperti Piala AFC dan perlawanan peringkat domestik kerana berehat di sepanjang bulan Ramadan. Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :) "Pada Julai saya dapat menggunakan semua pemain terbaik yang saya ada, kerana tidak diganggu lagi dengan Piala AFC atau apa-apa perlawanan lain. "Jadi kita akan tengok sama ada skuad ini boleh dikatakan bayangan Piala Suzuki AFF apabila berdepan dua pasukan EPL (Liga Perdana Inggeris tetapi apa yang saya boleh katakan saya akan membawa turun semua pemain terbaik, " katanya. The Citizens atau The Sky Blues yang dibarisi pemain termahal dunia...

7 elemen muzik

Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik). # Irama   # Melodi   # Warna ton   # Bentuk   # Harmoni   # Teksur   # Ekspresi 1. Irama Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang. Simbol Verbal : Irama   detik    not dan tanda rehat   meter  tekanan      corak irama, ostinato, rentak. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu l...