Langkau ke kandungan utama

KONSEP NASIONALISME



Zulhilmi Paidi dalam buku Pendidikan Negara Bangsa menjelaskan nasionalisme secara mudahnya bolehlah dimaksudkan sebagai perasaan cinta kepada tanah leluhur. Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen kebangsaan atau menaikkan bendera negara (Sodaro, 2001). Ia merupakan suatu elemen penting yang dijadikan sebagai pemangkin kepada pembentukan sesebuah negara bangsa.
Ini dapat kita fahami kerana dengan semangat cintakan tanah leluhur yang sama, ia dapat memberi nilai perkongsian yang tiada batas kepada semua pihak dalam sesebuah negara . Ini kerana mereka semua berkongsi dan tinggal, mencari rezeki dan hidup makmur di tanah leluhur tersebut yang sama-sama mereka diami. Justeru itu, nasionalisme adalah asas membina semangat kekuatan, keyakinan diri, penyatuan dan perpaduan nasional. Kekuatan semangat nasionalisme yang digembleng menerusi tenaga, keazaman dan cita-cita serta usaha supaya maju juga mengutamakan kepentingan nasional daripada kepentingan kaum masing-masing akan menjadi faktor kejayaan pembentukan negara bangsa.
Kekuatan yang harus digunakan oleh negara ini bagi mencapai matlamat ini ialah nasionalisme. Nasionalisme yang menjadi pegangan ialah pemilikan rasa ataupun semangat kebangsaan oleh semua warganegara berasaskan nilai-nilai kebangsaan yang dikongsi bersama. Nasionalisme perlu diuruskan secara betul bagi menghadapi gelombang globalisasi ini.
Nasionalisme secara umumnya menyediakan asas-asas yang sepatutnya kepada sesebuah bangsa dan negara bagi mempertahankan kumpulan negara bangsa supaya terus wujud. Nasionalisme telah menyediakan pegangan kukuh kepada setiap warganegara berkenaan apa yang harus dilakukan dan dimanfaat daripada perkembangan kesejagatan dunia yang berlaku. Oleh kerana itulah nasionalisme yang ada di dalam negara ini harus bersandarkan kepada nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama oleh semua penduduk negara ini tanpa ada perbezaan.
Perkongsian nila daripada sudut sejarah sebagai anak Malaysia merdeka, perkongsian identiti kebangsaan  seperti Jalur  Gemilang, perkongsian sistem keadilan seperti perlembagaan juga perkongsian dalam segenap segi yang boleh bagi mewujudkan rasa kekitaan yang kukuh dan tidak berbelah bahagi terhadap negara bangsa Malaysia.
Sekiranya segala perasaan yang wujud ini dikongsi dan dihayati, kehadiran globalisasi akan dapat diserpa dan sekali gus negara Malaysia menikmati kebaikannya. Manfaat daripada globalisasi yang dikecap ialah ekonomi yang semakin terdedah kepada pembukaan sempadan ekonomi. Perkembangan ekonomi membuka banyak menghasilkan bahan mentah. Pendekatan ekonomi global seperti AFTA dan WTO membantu negara kita memasuki pasaran dunia yang lebih luas.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)



Bagaimanapun, memasuki pasaran dunia tidak bermakna kita menjual negara. Dunia hari ini menerima hakikat apabila semakian dunia ini disejagatkan semakin itu wujud nasionalisme yang kuat. Ini kerana setiap kelompok bangsa kan memastikan kesejagatan tidak memusnahkan sama sekali kelangsungan hidup kumpulan mereka. Ini dilakukan dengan penggubalan undang-undang dan juga pengawalan ekonomi serta politik bagi memastikan sewaktu ekonomi sejagat dimanfaatkan, kedaulatan dan maruah negara tidak tegadai sekali gus memusnahkan negara dan bangsa yang sudah kita bina.
Sesungguhnya cemerlangnya bangsa Malaysia daripada akitiviti ekonomi, politik, dan sosial menurut cara sendiri maka gemilanglah Malaysia yang dicintai. Begitulah hubungan negara dan bangsa yang metsi dicapai bagi menempuh gelombang dunia masa depan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH BAHAGIAN SAMARAHAN

W alaupunSamarahan menjadi sebuah Bahagian hanya beberapa tahun yang lalu, namunia mempunyai sejarah awal yang ulung. Di Daerah Serian terdapat GuaSireh yang pernah diduduki oleh manusia purba pada Zaman Batu, ZamanBatu Baru dan Zaman Besi kira-kira 21,000 tahun yang lalu. Pendudukpurba ini meninggalkan bukti-bukti seperti tembikar, kulit siput,manik, tanah perkuburan dan lukisan batu. Penemuan hampas padi padatembikar membuktikan penanaman padi dan beras sebagai bahan makananpada masa pra-sejarah. MenandangkanSamarahan berdekatan dengan Kuching (Sarawak pada asalnya) yangmempunyai sejarah yang besar dan berterusan, maka kesannya ke atasSamarahan adalah sangat jelas sejak awal lagi. Kuching (Sarawak) mewarisi bukti-bukti sejarah awal di Samtubong yangterletak di salah sebuah loba Sungai Sarawak. Penyelidikan arkeoligitelah menemui bekas tapak kuil, lomggokan tahi besi dan ribuan serpihantembikar yang agak luar biasa menjadikannya sebuah tapak arkeologiterbesar di Malaysia. Kajian ke ...

Regangan

Apa itu regangan atau stretching ? Regangan atau latihan fleksibiliti adalah salah satu komponen yang paling kurang dilakukan dalam aktiviti senaman biasanya. Di gym sendiri saya jarang lihat yang melakukannya. Fleksibiliti atau kelenturan adalah salah satu komponen yang dimasukkan dalam komponen kesihatan selain komposisi badan, daya tahan otot, kekuatan otot dan kardiovaskular. Masih banyak debat yang mempersoalkan peranan fleksibiliti dalam pencegahan kecederaan. Terdapat juga debat yang mengatakan bahawa aktiviti regangan sebelum latihan atau perlawanan boleh mengundang kecederaan. Walaupun begitu, terdapat kajian menunjukkan seseorang itu dapat meningkatkan pemulihan dan prestasi melalui latihan fleksibiliti. Latihan fleksibiliti meningkatkan jarak pergerakan atau Range of Motion (ROM). Regangan boleh dilakukan sebagai satu aktiviti sendiri dan bukannya wajib dilakukan sebelum atau selepas latihan. Terdapat beberapa jenis teknik regangan: Regangan Dinamik Regangan...