Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Sirah Nabi Muhammad S.A.W

Sumber : Sinar Islam Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya. Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, ...

Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w

Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan baginda. Bincangkan.   Pendahuluan : Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah. Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan ( 16 Ogos 610M ) iaitu srah Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah Negara yang berdaulat dan disegani. Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani. Isi : Kepemimpinan Nabi : S ebagai Pemimpin Agama : Mempunyai empat sifat terpuji iaitu ...

GALERI GAMBAR

Gambar Sepanjang Pendakian Gunung Santubong pada 14 Jun 2012. Selepas mendengar taklimat dan bacaan doa, kami memulakan pendakian gunung dengan penuh bersemangat. Guru pelatih mengambil peluang bergambar bersama pensyarah pembimbing berlatar belakang panorama yang cantik. Setelah mendaki gunung agak lama, kami sampai di check point pertama. Check point 1 adalah check point yang mengambil masa yang agak lama. Walaupun penat selepas Program Bina Insan Guru pada 9 hingga 11 Jun 2012, Projek Kewarganegaraan pada 13 Jun 2012 namun semangat kami tetap kuat. Memerlukan keyakinan dan kemahiran untuk mendaki. Akhirnya puncak gunung berjaya kami tawan. Kelihatan Ketua Jabatan Kajian Sosial, Puan Hajjah Adibah binti Ismail sedang memerhati permandangan puncak gunung. Kami menggunakan pondok ini untuk berehat, makan dan solat. Gambar bersama 1 pasukan. Cerun yang curam melambatkan sedikit masa turun dari gunung. Penat tapi bersemangat

Pelajar IPG TAR Tawan Puncak Gunung Santubong

KOTA SAMARAHAN : Pelajar-pelajar PISMP opsyen Pengajian Sosial Ambilan Januari 2011 termasuk empat orang pelajar major Pendidikan Jasmani dari IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan telah berjaya menawan puncak Gunung Santubong pada 14 Julai 2012. Para pelajar diiringi oleh dua orang pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial. Mereka memulakan ekspedisi mendaki gunung bermula pada jam 8 pagi dengan harapan untuk  menjejakkan kaki ke puncak gunung sebelum tengah hari. Pendakian yang mereka tempuhi penuh cabaran dengan keadaan permukaan tanah yang lembap dan batu yang licin akibat hujan telah menjadi kerisauan para peserta, namun dengan tekad semangat yang kuat dan azam yang tinggi untuk menawan puncak Gunung Santubong, mereka dapat merealisasikan impian mereka tepat pada jam 12:55 tengah hari apabila seramai 23 orang peserta daripada 26 peserta tiba di puncak Gunung Santubong. “ Saya merasakan trek untuk menawan puncak Gunung Santubong ini sa...

Projek Kewarganegaraan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku”

Generasi Cintakan Pantai KUCHING: Seramai 17 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan opsyen Pengajian Sosial ambilan Januari 2011(PISMP1111PS) IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan dan seorang pensyarah pembimbing telah menjalankan Projek Kewarganegaraan yang bertemakan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku” bertempat di SK Santubong. SK Santubong telah dipilih menjadi pusat untuk projek tersebut memandangkan lokasi sekolah tersebut yang strategik dan berdekatan dengan kawasan pantai. Projek ini telah berlangsung selama sehari dan melibatkan seramai 31 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 sekolah tersebut. Tujuan utama projek ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan kerja kursus bagi guru pelatih PISMP1111PS malahan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling khususnya murid sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar seperti pantai. Antara objektif yang ingin dicapai menerusi projek ini adalah untuk menyemai dan meningkatk...

ISL 1&2

Tugasan ( ISL ) : 1 Program : PISMP Ambilan 2009 ( Semester 4 ) Mata Pelajaran : Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah Kod  M/P           : PSS3108 Masa                   : 2 jam                                       Tajuk     :  Kurikulum Pengajian Sosial Arahan: Secara berpasangan pelajar diminta melayari internet untuk mendapatkan maklumat  tambahan berkenaan dengan ; 1)     Kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) dalam sistem pendidikan di Malaysia. 2)     Kepentingan surat-surat pekeliling ikhtisas / pekeliling umum dalam profesion pendidikan ( SPI Bil. 4/1986 – Panitia Mata Pelajaran), P.U.(A) 531...

Bahan Tiga Dimensi

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. Kelebihan Bahan 3D Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan. Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah : • Realia • Model • Diorama • A...