Langkau ke kandungan utama

Projek Kewarganegaraan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku”


Generasi Cintakan Pantai

KUCHING: Seramai 17 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan opsyen Pengajian Sosial ambilan Januari 2011(PISMP1111PS) IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan dan seorang pensyarah pembimbing telah menjalankan Projek Kewarganegaraan yang bertemakan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku” bertempat di SK Santubong. SK Santubong telah dipilih menjadi pusat untuk projek tersebut memandangkan lokasi sekolah tersebut yang strategik dan berdekatan dengan kawasan pantai.
Projek ini telah berlangsung selama sehari dan melibatkan seramai 31 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 sekolah tersebut. Tujuan utama projek ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan kerja kursus bagi guru pelatih PISMP1111PS malahan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling khususnya murid sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar seperti pantai. Antara objektif yang ingin dicapai menerusi projek ini adalah untuk menyemai dan meningkatkan semangat bekerjasama dalam kalangan guru pelatih dan murid sekolah rendah, menanam sikap dan perasaan cintakan kebersihan kawasan pantai, dan juga menerapkan nilai murni dalam masyarakat untuk bersama-sama menjaga kebersihan kawasan setempat.
“ Aktiviti yang dijalankan sangat menyeronokkan dan memberi manfaat kepada saya. Kini saya mula sedar bahawa kami perlu menjaga kebersihan pantai supaya pantai di kawasan kami sentiasa bersih dan indah,” kata salah seorang murid Tahun 4, Masitah Bt Abu Samah.
Gotong-royong membersihkan pantai Santubong

Projek seperti ini merupakan satu pengalaman yang bermakna bagi guru pelatih dan peserta yang terlibat memandangkan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada kesedaran alam sekitar telah dilaksanakan seperti ceramah kesedaran pantai, treasure hunt dan gotong-royong membersihkan kawasan pantai. “Pelaksanaan projek seperti ini sudah pasti akan memberi manfaat dan juga sebagai persediaan awal yang sangat berguna kepada guru pelatih untuk melaksanakan projek seumpama ini apabila telah ditempatkan di sekolah kelak.” ujar Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Hjh. Rahmah yang mewakili Guru Besar SK Santubong semasa majlis penangguhan yang berlangsung pada sebelah petang hari yang sama.
Peserta program dan guru pelatih termasuk warga SK Santubong
Salah satu permainan Treasure Hunt yang dijalankan
Aktiviti ceramah yang dilakukan semasa Program Kesedaran

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH BAHAGIAN SAMARAHAN

W alaupunSamarahan menjadi sebuah Bahagian hanya beberapa tahun yang lalu, namunia mempunyai sejarah awal yang ulung. Di Daerah Serian terdapat GuaSireh yang pernah diduduki oleh manusia purba pada Zaman Batu, ZamanBatu Baru dan Zaman Besi kira-kira 21,000 tahun yang lalu. Pendudukpurba ini meninggalkan bukti-bukti seperti tembikar, kulit siput,manik, tanah perkuburan dan lukisan batu. Penemuan hampas padi padatembikar membuktikan penanaman padi dan beras sebagai bahan makananpada masa pra-sejarah. MenandangkanSamarahan berdekatan dengan Kuching (Sarawak pada asalnya) yangmempunyai sejarah yang besar dan berterusan, maka kesannya ke atasSamarahan adalah sangat jelas sejak awal lagi. Kuching (Sarawak) mewarisi bukti-bukti sejarah awal di Samtubong yangterletak di salah sebuah loba Sungai Sarawak. Penyelidikan arkeoligitelah menemui bekas tapak kuil, lomggokan tahi besi dan ribuan serpihantembikar yang agak luar biasa menjadikannya sebuah tapak arkeologiterbesar di Malaysia. Kajian ke ...

ARSENAL DAN MANCHESTER CITY BERTANDANG KE MALAYSIA PADA 23 & 30 JULAI 2012

SERDANG - Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal memberi bayangan bahawa pasukan Pilihan Malaysia yang akan berdepan Arsenal dan Manchester City pada 24 dan 30 Julai ini, bakal menjadi 'skuad bayangan' untuk kejohanan Piala Suzuki AFF. Walaupun tiada jaminan sepenuhnya, beliau melihat dua perlawanan itu sebagai medan terbaik menguji semua pemain ekoran ketiadaan komitmen tertentu seperti Piala AFC dan perlawanan peringkat domestik kerana berehat di sepanjang bulan Ramadan. Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :) "Pada Julai saya dapat menggunakan semua pemain terbaik yang saya ada, kerana tidak diganggu lagi dengan Piala AFC atau apa-apa perlawanan lain. "Jadi kita akan tengok sama ada skuad ini boleh dikatakan bayangan Piala Suzuki AFF apabila berdepan dua pasukan EPL (Liga Perdana Inggeris tetapi apa yang saya boleh katakan saya akan membawa turun semua pemain terbaik, " katanya. The Citizens atau The Sky Blues yang dibarisi pemain termahal dunia...

7 elemen muzik

Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik). # Irama   # Melodi   # Warna ton   # Bentuk   # Harmoni   # Teksur   # Ekspresi 1. Irama Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang. Simbol Verbal : Irama   detik    not dan tanda rehat   meter  tekanan      corak irama, ostinato, rentak. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu l...