JERTIH: “Saya sebak melihat arwah yang dalam keadaan lemah meminta air minuman sambil mengadu kepanasan,” kata Rakiah Ismail, 31, ibu kepada Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, 5, yang maut akibat disengat tebuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Tengku Hafizul yang cedera teruk di seluruh badan dengan kira-kira 50 kesan sengatan, termasuk 20 di kepala meninggal dunia di Hospital Besut selepas empat jam menahan derita. Menurut Rakiah, arwah sempat meminta air daripadanya selepas diserang kumpulan tebuan itu. “Ketika itu, arwah dalam keadaan lemah selain mengadu kepanasan sebelum dihantar jiran ke hospital untuk rawatan. “Saya tak sangka arwah meninggal dunia kerana selepas disengat, dia masih sedar. Tetapi, sejam sebelum meninggal dunia pada jam 5 petang, tubuhnya menggigil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. Rakiah berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama...