Langkau ke kandungan utama

Cardiff City tawar Safee satu lagi sesi latihan

KUALA LUMPUR - Aksi memikat 'Harimau Berantai Malaya', Safee Sali pada ujian dan latihan hampir dua minggu di Cardiff City, mendorong pengurus kelab bola sepak Liga Kejuaraan England itu, Malky Mackay menawarkannya satu lagi sesi latihan bagi tempoh yang sama pada masa hadapan.
Menyifatkan penyerang handalan Asia Tenggara itu sebagai kebanggaan negaranya dan kelab Pelita Jaya Indonesia, Mackay berkata: "Kami memintanya agar kembali ke sini bagi dua minggu lagi pada masa hadapan, kerana ia akan memanfaatkan semua pihak yang berkenaan.

"Dalam tempoh ujian 10 hari itu (sejak 12 hingga 26 September), Safee menunjukkan sikap dan etika kerja yang terpuji ketika menyesuaikan diri dengan persekitaran dan cara latihan kami di Cardiff City.
"Memang ada perubahan besar dan gaya serta tahap bola sepak yang berlainan di sini tetapi dia mampu menyesuaikan diri dan menerapkannya dengan baik," katanya," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelab The Bluebirds dan berpangkalan di selatan Wales itu.
Beliau turut menyedari khidmat 'David Beckham Malaysia' seperti digelar media Wales ini, turut ditagih skuad kebangsaan Malaysia dan Pelita Jaya.
Mackay bagaimanapun menjelaskan bahawa agak sukar untuk mendapatkan gambar aksi Safee sepanjang ujian 10 hari itu seperti yang dikehendaki media terutama apabila berdepan sejumlah perlawanan liga dan persediaan yang perlu dilakukan The Bluebirds.
Sementara itu, Safee turut mengulas pengalaman yang ditimba dengan pasukan utama dan simpanan di kelab yang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee itu: "Perlawanan di sini jauh lebih pantas. Anda tidak punya banyak masa dengan bola. Ia memang tahap bola sepak yang baru dan berbeza sama sekali.
"Latihan berjalan lancar dan semua rakan sepasukan amat mengalu-alukan kehadiran saya. Walaupun cuma hampir dua minggu, banyak yang saya pelajari sini. Insya Allah, saya mungkin kembali pada masa hadapan," katanya.
Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 ini sempat menonton perlawanan Liga Kejuaraan Cardiff City menentang Leicester City, Ahad lalu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Zakaria Sulong dan isterinya.
Selepas merayakan sambutan Hari Malaysia di sana semalam, Safee pulang ke tanah air dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Sepang kira-kira pukul 2 petang ini bagi menyertai latihan skuad negara menjelang persahabatan dengan Australia di Canberra, 7 Oktober.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Kami warga PISMP 1111 Pengajian Sosial mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan menjalankan ibadah haji dan korban.

PERKAITAN SEMANGAT NASIONALISME DALAM SUBJEK SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI PELAJAR.

AL Ditulis oleh Saberi dan Elfi Subjek Sejarah Perkembangan Negara merupakan salah satu daripada subjek diajar dalam Pengajian Sosial. Ia merupakan subjek major untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Sosial. Subjek ini diajar pada semester kedua tahun pertama ijazah. Perkembangan Sejarah Negara adalah subjek yang mengajar mengenai kepentingan sejarah kepada pembentukan Malaysia pada masa kini. Subjek ini juga menerapkan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar yang mengambil subjek ini. Menurut huraian sukatan pelajaran yang diajar untuk subje...

SEJARAH BAHAGIAN SAMARAHAN

W alaupunSamarahan menjadi sebuah Bahagian hanya beberapa tahun yang lalu, namunia mempunyai sejarah awal yang ulung. Di Daerah Serian terdapat GuaSireh yang pernah diduduki oleh manusia purba pada Zaman Batu, ZamanBatu Baru dan Zaman Besi kira-kira 21,000 tahun yang lalu. Pendudukpurba ini meninggalkan bukti-bukti seperti tembikar, kulit siput,manik, tanah perkuburan dan lukisan batu. Penemuan hampas padi padatembikar membuktikan penanaman padi dan beras sebagai bahan makananpada masa pra-sejarah. MenandangkanSamarahan berdekatan dengan Kuching (Sarawak pada asalnya) yangmempunyai sejarah yang besar dan berterusan, maka kesannya ke atasSamarahan adalah sangat jelas sejak awal lagi. Kuching (Sarawak) mewarisi bukti-bukti sejarah awal di Samtubong yangterletak di salah sebuah loba Sungai Sarawak. Penyelidikan arkeoligitelah menemui bekas tapak kuil, lomggokan tahi besi dan ribuan serpihantembikar yang agak luar biasa menjadikannya sebuah tapak arkeologiterbesar di Malaysia. Kajian ke ...