Langkau ke kandungan utama

Kereta terbabas lantak tiang elektrik di Simunjan

MALANG...Kenderaan Perodua Kenari kelihatan terbalik di seberang parit setelah merempuh sebatang tiang bekalan elektrik berhampiran Masjid Daruk Hijrah.

SIMUNJAN, Ahad (18 Sept) - Penduduk di sekitar kawasan Taman Hijrah, Simunjan terputus bekalan elektrik selama lebih kurang lima belas jam apabila sebuah tiang elektik patah dirempuh oleh sebuah kenderaan awal pagi kelmarin.

Saksi iaitu Nasiman bin Men, 41, memberitahu beliau sedang menonton rancangan televisyen sekitar jam 1 pagi sebelum dikejutkan oleh bunyi dentuman kuat dari luar rumahnya.

“Saya kemudiannya mendengar suara orang meminta tolong di kawasan jalan raya berhampiran dengan kediaman rumah saya ini sebaik sahaja mendengar bunyi detuman terbabit.

“Setelah bergegas keluar sebaik sahaja mendengar bunyi berkenaan, saya mendapati bahawa sebuah kenderaan Perodua Kenari berwarna hitam telah terbabas di seberang parit dengan mangsa terdiri daripada pasangan remaja lelaki dan wanita,” katanya.

Kenderaan Perodua Kenari terbabit kata Nasiman dipercayai telah terbabas dan merempuh sebatang tiang elektrik berhampiran kawasan Masjid Darul Hijrah berhubung kemalangan terbabit.

Orang ramai yang turut menyedari kejadian kemalangan berkenaan kemudiannya turun padang untuk membantu kedua-dua remaja terbabit yang telah terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.

“Namun begitu kerana terlalu terkejut dengan apa yang berlaku, kedua-dua remaja berumur belasan tahun tersebut kemudiannya menghilangkan diri apabila pihak polis tiba,” katanya.

Sementara itu beberapa orang pengguna kenderaan dari kawasan Kampung Sageng pula mendakwa kenderaan terbabit mungkin dipandu terlalu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas di situ.

Tamat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SEJARAH BAHAGIAN SAMARAHAN

W alaupunSamarahan menjadi sebuah Bahagian hanya beberapa tahun yang lalu, namunia mempunyai sejarah awal yang ulung. Di Daerah Serian terdapat GuaSireh yang pernah diduduki oleh manusia purba pada Zaman Batu, ZamanBatu Baru dan Zaman Besi kira-kira 21,000 tahun yang lalu. Pendudukpurba ini meninggalkan bukti-bukti seperti tembikar, kulit siput,manik, tanah perkuburan dan lukisan batu. Penemuan hampas padi padatembikar membuktikan penanaman padi dan beras sebagai bahan makananpada masa pra-sejarah. MenandangkanSamarahan berdekatan dengan Kuching (Sarawak pada asalnya) yangmempunyai sejarah yang besar dan berterusan, maka kesannya ke atasSamarahan adalah sangat jelas sejak awal lagi. Kuching (Sarawak) mewarisi bukti-bukti sejarah awal di Samtubong yangterletak di salah sebuah loba Sungai Sarawak. Penyelidikan arkeoligitelah menemui bekas tapak kuil, lomggokan tahi besi dan ribuan serpihantembikar yang agak luar biasa menjadikannya sebuah tapak arkeologiterbesar di Malaysia. Kajian ke ...

Regangan

Apa itu regangan atau stretching ? Regangan atau latihan fleksibiliti adalah salah satu komponen yang paling kurang dilakukan dalam aktiviti senaman biasanya. Di gym sendiri saya jarang lihat yang melakukannya. Fleksibiliti atau kelenturan adalah salah satu komponen yang dimasukkan dalam komponen kesihatan selain komposisi badan, daya tahan otot, kekuatan otot dan kardiovaskular. Masih banyak debat yang mempersoalkan peranan fleksibiliti dalam pencegahan kecederaan. Terdapat juga debat yang mengatakan bahawa aktiviti regangan sebelum latihan atau perlawanan boleh mengundang kecederaan. Walaupun begitu, terdapat kajian menunjukkan seseorang itu dapat meningkatkan pemulihan dan prestasi melalui latihan fleksibiliti. Latihan fleksibiliti meningkatkan jarak pergerakan atau Range of Motion (ROM). Regangan boleh dilakukan sebagai satu aktiviti sendiri dan bukannya wajib dilakukan sebelum atau selepas latihan. Terdapat beberapa jenis teknik regangan: Regangan Dinamik Regangan...