Langkau ke kandungan utama

Malaysia VS Austaralia Coming Soon



SYDNEY - Dua tonggak utama, Brett Emerton dan Harry Kewell tidak akan diturunkan Australia apabila menerima kunjungan Malaysia dan Oman untuk perlawanan persahabatan antarabangsa di tempat sendiri bulan depan.

Sebaliknya, jurulatih Australia, Holger Osieck membenarkan kedua-dua pemain itu beraksi untuk kelab masing-masing sehari selepas menentang Malaysia pada 7 Oktober.
Kata Osieck, beliau terpaksa memberi laluan kepada kedua-dua pemain untuk perlawanan pembukaan musim Liga A Australia yang mana Kewell bermain untuk Melbourne Victory dan Emerton di Sydney FC.
Bagaimanapun, beliau tetap akan memanggil pula pemain yang beraksi dalam Liga Perdana England iaitu Tim Cahill, Lucas Neill dan Mark Schwarzer.
"Tentunya orang akan menganggap tindakan ini tidak betul tetapi saya telah membuat kepu- tusan untuk memberi peluang kepada Harry dan Bret bermain dengan kelab baharu mereka," katanya.
Australia akan bertemu Malaysia di Canberra buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun pada perlawanan persahabatan itu dan Oman empat hari kemudian di Sydney.
Australia dan Oman masih meneruskan cabaran melayakkan diri ke Piala Dunia 2014, manakala cabaran Malaysia ditamatkan Singapura lebih awal.
Australia menang perlawanan pertama Kumpulan D kelayakan Piala Dunia dengan menewaskan Thailand 2-1, diikuti Arab Saudi 3-1 awal bulan ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ARSENAL DAN MANCHESTER CITY BERTANDANG KE MALAYSIA PADA 23 & 30 JULAI 2012

SERDANG - Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal memberi bayangan bahawa pasukan Pilihan Malaysia yang akan berdepan Arsenal dan Manchester City pada 24 dan 30 Julai ini, bakal menjadi 'skuad bayangan' untuk kejohanan Piala Suzuki AFF. Walaupun tiada jaminan sepenuhnya, beliau melihat dua perlawanan itu sebagai medan terbaik menguji semua pemain ekoran ketiadaan komitmen tertentu seperti Piala AFC dan perlawanan peringkat domestik kerana berehat di sepanjang bulan Ramadan. Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :) "Pada Julai saya dapat menggunakan semua pemain terbaik yang saya ada, kerana tidak diganggu lagi dengan Piala AFC atau apa-apa perlawanan lain. "Jadi kita akan tengok sama ada skuad ini boleh dikatakan bayangan Piala Suzuki AFF apabila berdepan dua pasukan EPL (Liga Perdana Inggeris tetapi apa yang saya boleh katakan saya akan membawa turun semua pemain terbaik, " katanya. The Citizens atau The Sky Blues yang dibarisi pemain termahal dunia...

SEJARAH BAHAGIAN SAMARAHAN

W alaupunSamarahan menjadi sebuah Bahagian hanya beberapa tahun yang lalu, namunia mempunyai sejarah awal yang ulung. Di Daerah Serian terdapat GuaSireh yang pernah diduduki oleh manusia purba pada Zaman Batu, ZamanBatu Baru dan Zaman Besi kira-kira 21,000 tahun yang lalu. Pendudukpurba ini meninggalkan bukti-bukti seperti tembikar, kulit siput,manik, tanah perkuburan dan lukisan batu. Penemuan hampas padi padatembikar membuktikan penanaman padi dan beras sebagai bahan makananpada masa pra-sejarah. MenandangkanSamarahan berdekatan dengan Kuching (Sarawak pada asalnya) yangmempunyai sejarah yang besar dan berterusan, maka kesannya ke atasSamarahan adalah sangat jelas sejak awal lagi. Kuching (Sarawak) mewarisi bukti-bukti sejarah awal di Samtubong yangterletak di salah sebuah loba Sungai Sarawak. Penyelidikan arkeoligitelah menemui bekas tapak kuil, lomggokan tahi besi dan ribuan serpihantembikar yang agak luar biasa menjadikannya sebuah tapak arkeologiterbesar di Malaysia. Kajian ke ...

31 MAC 2012 - EARTH HOUR!

Sambutlah kempen Earth Hour 31 Mac 2012 ini sebagai tanda sokongan dan sayang kita kepada bumi dan generasi masa hadapan. Bukan setakat 31 Mac 2012 ini sahaja, bahkan setiap hari kita boleh amalkannya dengan jimatkan elektrik dan sebagainya. Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)